Kemudahan

Pihak pengurusan Elani 512 Homestay sedaya upaya menyediakan penginapan yang selesa untuk tetamu homestay. Kebanyakan perabut adalah baru dan hanya beberapa peralatan sahaja yang lama seperti peti ais, dvd dan seterika.


Ciri-ciri Elani 512 Homestay

Jenis Homestay : Semi D Cluster 2 tingkat 

Mempunyai 3 bilik tidur di tingkat atas. Setiap bilik dilengkapi dengan katil queen, aircond, towel rack, cermin solek, cadar, bantal, selimut dan tuala mandi. Master bedroom mempunyai bilik air tersendiri di dalam bilik. Bilik-bilik tidur yang lain berkongsi bilik air yang terletak di luar bilik. Manakala 1 lagi bilik air terletak di tingkat bawah di berdekatan dapur dan bilik solat. Jumlah bilik air yang terdapat di homestay ini adalah 3.







1 bilik solat beserta bilik seterika berada di tingkat bawah yang dilengkapi dengan towel rack, sejadah, iron dan papan iron. 



Ruang tamu di tingkat bawah dilengkapi dengan set sofa dan karpet serta tv LED, ASTRO NJOI dan DVD.  Rak buku yang berisi majalah juga terdapat di ruang tamu.



Ruang makan terletak bersebelahan dengan ruang tamu tanpa penghadang. Dilengkapi dengan set meja makan dan 6 kerusi.




Dapur dilengkapi dengan set asas memasak seperti dapur memasak, cerek elektrik, periuk elektrik dan peti ais, Alatan memasak disediakan seperti periuk, kuali, sudip, sudu, pinggan mangkuk, cawan, gelas dan lain-lain. Gula, teh dan garam disediakan. Tetamu boleh menggunakannya untuk membancuh air. Di ruang dapur dilengkapi dengan kipas, jadi tetamu tidak akan berasa panas ketika memasak di dapur.



Ruang untuk mendobi juga disediakan untuk kemudahan tetamu yang dilengkapi dengan mesin basuh automatik yang baru serta ampaian berbumbung untuk menjemur pakaian.


Kemudahan-Kemudahan Lain

Ruang  tamu tingkat atas boleh digunakan untuk ruang solat atau ruang tidur jika bilangan tetamu ramai. Namun kemudahan toto dan bantal tambahan tidak disediakan. Tetamu boleh membawanya dari rumah masing-masing.

Balkoni yang luas terletak di luar master bedroom, Melalui balkoni ini tetamu dapat melihat pemandangan Gunung Jerai yang sangat indah.

Ruang parking boleh memuatkan 2 biji kereta dalam satu masa dan ianya berpagar. Keselamatan adalah di atas tanggungjawab sendiri. Jadi pastikan pintu pagar dikunci apabila waktu malam.



Alamat: Elani, Ambangan Height, 08000 Sungai Petani, Kedah

Masa masuk: 2.00 petang
Masa keluar: 12.00 tengah hari

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 019-562 6606 (Abang Chaq) / 019-446 4515 (Kak Ana)

Flickr Images

Subscribe